21 February 2011

CABARAN BARU ANAK MUDA MALAYSIA

"Revolusi Facebook berjaya menumbangkan Mubarak dan simbol rejimnya" menjelaskan peranan besar media baru FB yang popular dikalangan anak muda ini dalam situasi politik dunia hari ini. Terdapat 2 unsur penting yang harus dilihat, pertama ialah peranan media baru dan kedua peranan dan kesedaran anak muda. Kedua-duanya dilihat saling berkait bagi membentuk perubahan besar dan mewujudkan dimensi baru alam politik dimana anak muda yang celik IT bakal menjadi pemain utama dalam masa depan kestabilan politik dan sosial negara. Beberapa kerajaan di rantau arab kini di ambang keresahan dek tangan-tangan anak muda yang semakin hari semakin tidak boleh 'duk' diam.

Di Malaysia, kejayaan calon-calon Pro-M membentuk kerajaan mahasiswa di beberapa kampus universiti utama seperti Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia juga hasil kesedaran politik baru mahasiswa yang dahagakan perubahan. Momentum ini dijangka akan merebak ke beberapa kampus lain yang bakal diadakan pilihanraya kampus beberapa minggu lagi.

Pro-Aspirasi yang disokong dan didokong oleh pihak pentadbiran universiti kini dilihat tiada taring lagi apabila mahasiswa menolak 'politik mengampu' dan 'pentingkan diri dan kroni'. Di sini, 2 elemen penting perubahan yang harus dilihat iaitu pertama, peranan anak muda intelek dan kedua, peranan pendidikan politik kampus.

Saya teringat tatkala hadir ke mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang dipengerusikan Timb. Perdana Menteri di Selangor pada 2 tahun lepas, beberapa kertas kerja dan cadangan berkaitan dasar-dasar kerajaan dibentangkan kepada kerajaan oleh pimpinan-pimpinan MPP. Moga-moga dengan penguasaan Pro-M di kampus-kampus utama kali ini mampu mewujudkan impak yang lebih besar sebagai kuasa pendesak atau sekurang-kurangnya 'check and balance' kepada dasar kerajaan yang kurang mesra rakyat. Saya amat kagum dengan qudwah yang dipamirkan MPMUM-Pro M sesi 2008/2009 di bawah pimpinan Sdr. Ridzuan Mohamad yang jelas mendepani isu-isu mahasiswa dan rakyat ketika zamannya.

Semoga anak muda sekarang semakin berani untuk menyatakan kebenaran dan menolak kebatilan. Bangkitlah front-front anak muda, manfaatkan IT, keintelektualan dan kesedaran politik anda untuk berubah. Saya amat menyokong peringatan Timbalan Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Dato Saifuddin Abdullah tentang kuasa mahasiswa dalam mencorakkan masa depan negara. Justeru, kerajaan digesa mempertimbangkan dan mendengar suara anak muda dan menyemai pendidikan politik yang adil dan harmoni di universiti.

Laman-Laman Pautan

TV6 Malaysia

tvmalaysia.net

TV Malaysia.net

MOVIE

Sembang Santai

Pelawat

Followers