18 May 2009

Kemelut politik Perak- Entah bila nak selesai


Rasa terkejut, bingung, marah dan meluat semuanya bercampur-baur tatkala membaca berita terbaru dari web berita kontemporari Malaysiakini pada awal Februari lalu. Ini semua berkaitan isu pergolakan politik dan pentadbiran negeri Perak. Berdebar-debar jantung tatkala membaca berita yang bertajuk 'KERAJAAN PERAK DIRAMPAS!'. Baru seminggu sebelum hari tu ana hadir ke satu program yang turut dihadiri oleh Dato' Seri Ir. Nizar b. Jamaludin sebagai VIP di sebuah tempat tak jauh dari Bandaraya Alor Setar.

Satu persatu isu politik di Perak timbul. ADUN dilarikan, hilang dan keluar parti menambahkan lagi suasana menjadi haru biru dan semakin tidak tenteram melanda negeri kelahiran dato maharajalela ini. Ini ditambah dengan peristiwa rampasan kuasa dan pelbagai peristiwa mengaibkan berlaku dalam politik Perak yang sentiasa dilaporkan media.

Selepas lebih 3 bulan berlalu, tanggal 11 Mei yang lalu, keputusan mahkamah diumumkan. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran oleh seluruh rakyat Malaysia diumumkan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim.

Kegembiraan penyokong Dato' Seri Nizar hanya 21 jam sahaja kerana diumumkan pulak keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat semalam.

Sehingga kini penyelesaian pergolakan politik di Perak menjadi tanda tanya semua pihak. Rakyat kian jemu dan meluat dengan drama dan drama yang tiada ending-nya. Rasa meluat rakyat lebih mendalam tatkala melihat kerenah wakil rakyat ketika sidang DUN pada 7 Mei lalu.

Bagi ana, jalan keluar yang terbaik ialah bubarkan DUN. Dan berikan peluang semula kepada rakyat Perak untuk memilih kerajaan mereka. Perkara ini disokong oleh badan-badan dan individu seperti Suhakam, Majlis Peguam, ahli akademik, pemimpin, termasuk daripada komponen BN, yang dipertua Dewan Negara, dan pelbagai pihak lain.

Mereka berpandangan bahawa penyelesaian terbaik bagi masalah Perak adalah dengan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan.

Perkara tarik tali antara PR dan BN tidak akan selesai di mahkamah. Justeru itu, serahkan kepada rakyat Perak melalui pilihanraya negeri untuk memilih kerajaan yang mereka kehendaki.

Laman-Laman Pautan

TV6 Malaysia

tvmalaysia.net

TV Malaysia.net

MOVIE

Sembang Santai

Pelawat

Followers