04 May 2009

Warkah buat rakan-rakan mahasiswa

Salam ukhwah,


Setelah 6 bulan berlalu terdapat beberapa perkara penting yang perlu dinilai dan dipertimbangkan kembali.

Selaku warga mahasiswa yang berdaya intelek, kita perlu sedar bahawa hayat kita di INSANIAH ini tidak lama. Justeru itu, rebutlah peluang yang ada dan isilah ruang – ruang yang tersedia dengan sebaik mungkin. Di sinilah merupakan arena perjuangan bagi kita selaku mahasiswa untuk mengaut sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman dalam merintis jalan menghadapi hari muka. Berjaya atau gagal kita pada hari esok, bisa dicerminkan melalui usaha kita pada hari ini. Walaupun setelah 6 bulan berlalu, dengan berbekalkan kepercayaan yang diberikan, barisan MPM INSANIAH akan terus mengemudikan bahtera yang kita sama – sama naiki dilautan ilmu ini dalam merentasi arus dan gelombang pelayaran yang pastinya penuh dengan ranjau kepayahan dan kesukaran. Justeru, ana mengharapkan sokongan semua untuk sama – sama berpadu tenaga menuju satu matlamat yang sama iaitu ke perairan kegemilangan.

Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,

"Intelektual ialah seseorang yang merasakan kepedihan apabila dia melihat yang tidak benar ……" (Ibnu Khaldun) Setiap daripada kita harus menerima hakikat bahawa alam kemahasiswaan yang kita lalui pada hari ini tidak lagi sama dengan apa yang dirasai oleh abang – abang dan kakak – kakak kita dahulu. Saban hari, ada saja masalah – masalah dan isu – isu baru timbul, menyebabkan kita sebagai mahasiswa terkadang berasa tertekan dan ditekan. Keterbukaan mahasiswa dalam mengemukakan pandangan serta penilaian dari perspektifnya sendiri berhubung dengan sesuatu masalah, perlulah diberi perhatian oleh semua pihak dan seharusnya mendapat pertimbangan yang sewajarnya.

Suka ana untuk mengajak dan menyeru pimpinan – pimpinan pelajar melalui organisasi mahupun individu perseorangan agar sentiasa bersedia dalam mengutarakan cadangan atau kritikan membina demi kepentingan bersama. Segala idea yang dicanai perlu diajukan melalui perbincangan yang lebih ilmiah berpandukan kewarasan akal dan juga daya intelek yang dimiliki, contohnya melalui saluran ruang – ruang organisasi yang dibenarkan. Pihak MPM INSANIAH sentiasa bersedia menjadi perantara dalam membawa suara mahasiswa ke peringkat atasan. Justeru, ana mengharapkan agar kita dapat bersatu hati serta menggabungjalinkan antara aspirasi , hak serta kepentingan bersama agar kebajikan mahasiswa terus terbela secara menyeluruh.

Laman-Laman Pautan

TV6 Malaysia

tvmalaysia.net

TV Malaysia.net

MOVIE

Sembang Santai

Pelawat

Followers