16 May 2009

Kerja musim cuti


Salam ukhwah buat rakan seperjuangan..

Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita merafaqkan kesyukuran kepada Allah S.W.T, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad S.A.W.
Sudah menjadi lumrah alam, setiap yang datang akan pergi, setiap yang hidup akan mati, dan setiap yang bermula akan berakhir. Begitulah juga peredaran masa yang berlaku di alam kampus di mana musim cuti sesi pengajian 2008/2009 telah bermula untuk selama hampir 3 bulan.

Musim cuti merupakan satu tempoh yang amat dinantikan oleh sesetengah pelajar. Cuti dianggap tempoh rehat dari pengajian setelah satu semester bertungkus lumus dengan buku, kitab, kuiliah, dan assignment. Ramai yang telah merancang aktiviti istimewa untuk dilakukan sepanjang musim cuti ini. Ada diantaranya bercadang untuk bekerja sementara, balik kampung bersama keluarga, melancong satu negara, tidak kurang ada yang bercadang untuk berprogram dan mengikuti kelas-kelas tafakkuh.

Walau apapun perancangan yang dibuat, saya mengucapkan tahniah dan selamat bercuti buat rakan-rakan yang sedang bercuti. Manfaatkanlah masa keemasan ini sebaiknya seperti menziarahi sahabat handai yang telah lama terpisah, menghadiri kelas-kelas pengajian tambahan, mengembara menimba pengalaman ke tempat-tempat baru dan melibatkan diri secara sukarelawan dalam program-program anjuran persatuan atau NGO.

Sikap berazam untuk berehat sepuas-puasnya sepanjang cuti ini perlu dibuang jauh-jauh kerana ia jelas mendatangkan kesan yang negatif kepada kita yang bergelar mahasiswa. Rakan-rakan disarankan berfikiran kreatif dalam merancang program sepanjang musim cuti ini. Tidak salah untuk kita berehat tanpa melupakan terus akan pengajian-pengajian kita yang lalu. Tidak salah juga, andai kiranya kita merapatkan ukhwah dengan menziarahi rakan-rakan sepersekolahan dahulu. Tidak salah juga , kita mengembara bersama rakan-rakan ke tempat baru untuk menimba pengalaman dan bertemu dengan ramai orang.

Di kesempatan ini saya ingin mengajak rakan-rakan bersama-sama Majlis Perwakilan Mahasiswa dan persatuan NGO seperti PERSADA Kedah mengisi program-program yang bakal dianjurkan. Program seperti Bakti Siswa, Kelas Taffakuh, praktikal di Jabatan Kerajaan dan program fasilitator ke sekolah-sekolah telah dirancang dan mempunyai nilai ilmiah yang perlu ditimba oleh rakan-rakan mahasiwa. Saya amat berharap agar sama-sama kita manfaatkan sepanjang musim cuti ini dengan program berfaedah dalam ertikata lain manfaatkan dengan pengisian yang mampu meningkatkan pengetahuan dan pengupayaan minda ke tahap yang lebih baik.

Gunakanlah peluang ini untuk memperbanyakkan ibadah kepada Allah dengan ibadah yang jarang dilakukan ketika sibuk dengan pengajian di kampus seperti solat berjemaah, qiamullail, beri'tikaf di masjid dan menghafal Al-Quran. Moga sama-sama kita beramal dan manfaatkannya..

Laman-Laman Pautan

TV6 Malaysia

tvmalaysia.net

TV Malaysia.net

MOVIE

Sembang Santai

Pelawat

Followers